PENGELUARAN KWSP (AKAUN II)

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH MELALUI AKAUN II KWSP
TUJUAN
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
KELAYAKAN MEMOHON
Warganegara Malaysia; ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang ;
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.
SYARAT- SYARAT PENGELUARAN
Ahli Layak Memohon Sekiranya :-
1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ /
‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;
Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
Majikan ahli Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;
ATAU
Secara tunai.
3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya
atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah
hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :-
Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
Membeli rumah ketiga
Membeli rumah di luar negara
.
** SUMBER PORTAL KWSP

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Open chat