SIAPA YANG LAYAK DAPAT 90% LOAN ?

Seperti yang kita sedia maklum setiap pembeli yang hendak buat pinjaman perumahan layak dapat LTV (Loan To Value – Margin Pembiayaan) sebanyak 90% bagi 2 buah rumah pertama.

Ada kes dimana ada je yang tak dapat loan 90% bila beli rumah pertama dan kedua.

Apa yang anda tau tentang margin loan rumah ?

Kebanyakan orang biasa dengan berapa peratus loan rumah dimana ia dipanggil Margin of Finance (MOF) atau dipanggil Loan to Value (LTV)

Sebagai contoh jika bank luluskan peratus loan 90% untuk hartanah RM310,000 maka akan dapat RM297,000. 

Mana lagi 10% tu ?

Yang lagi 10% tu la iaitu RM31,000 pembeli kena sediakan sbg duit downpayment.

Ada juga kes loan bagi pinjaman bawah 90% untuk rumah pertama dan kedua.

NAK TAU KENAPA JADI MACAM TU ?

Apa yang menyebabkan nilai MOF tu turun untuk sesuatu loan perumahan :

  1. Status iaitu Leasehold
  2. Lokasi perumahan sebagai contoh kawasan tu mudah banjir
  3. Value hartanah mungkin terlampu murah
  4. Condition rumah yg rumah rosak, lama.

Ada masa Margin akan berubah :

  1. Beli rumah sebab investment
  2. Ada lebih daripada 1 hartanah yang sedia ada.
  3. Pendapatan 
  4. Debt Service Ratio
  5. Value Hartanah
  6. Lokasi

Maka kena get ready kalau dapat result loan hanya 80%-85% . Bila dapat margin begini maka kena ready downpayment yang lebih banyak.

Pastikan ada simpanan dan modal extra supaya tak terlepas bila ada rumah yg korang minat tu.

Nisbah MOF ni memang dikawal ketat oleh Bank Negara Malaysia untuk loan perumahan bagi mengelakkan perkara yang tidak terkawal.

Kalau beli hartanah lebih daripada 2 apa jadi ?

Bila dah ada 2 rumah/hartanah atau lebih dan masih ada loan , margin seterusnya akan dapat 70%. Apa pon ia bergantung kepada bank. 

Bagaimana kalau yang bekerja dengan kerajaan ? Mereka boleh dapat Margin 90% untuk 3 buah rumah. Bagaimana ? 

  • Rumah pertama dapat 90% MOF dengan bank biasa
  • Rumah kedua dapat 90% MOF dengan bank biasa
  • Rumah ketiga dapat 100% MOF (Pinjaman kerajaan)

Lagi best bila suami dan isteri kerja government nak beli rumah.

Penting ke MOF tinggi ni ?

Bila anda dapat MOF tinggi , maka tak perlu keluar duit deposit yang banyak. 

Jika korg apply loan utk rumah ke tiga tapi rumah pertama dah habis bayar , margin dapat 70% juga ke ?

Jika dah habis bayar untuk rumah pertama, loan rumah takde dalam ccris lagi jadi MOF akan naik jadi 90% semula bila beli rumah ketiga.

Garis panduan MOF daripada Bank Negara Malaysia jika buat loan rumah margin loan seperti ini :

  • Rumah Pertama 90% MOF
  • Rumah kedua 90% MOF
  • Rumah ketiga 70% MOF 

Kalau kita lihat diatas bila beli rumah pertama dan kedua MOF 90%, tapi bila rumah pertama dah habis bayar maka bila beli rumah ketiga akan jadi 90%.

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Open chat