APA ITU CCRIS & CTOS ?

ccris

Kenapa loan saya gagal ? sebab CCRIS dan CTOS ke ?

Mungkin anda pernah hadapi dimana nak beli rumah dan buat permohonan pinjaman , tiba-tiba dapat tau pinjaman gagal.

Bila tanya kenapa kepada bank officer , mereka jawab anda ada masalah CCRIS dan CTOS.

Tau tak apa u CCRIS dan CTOS.

CCRIS adalah rekod yang diselia oleh Bank Negara, ia mengawasi corak pembayaran pinjaman anda. Apabila anda membuat permohonan pinjaman daripada bank. Bank akan menyemak semula segala rekod CCRIS (Credit Score) untuk mengaccess segala corak pembayaran pinjaman-pinjaman lain. Jika pinjaman pembayaran lain anda pernah tertunggak 2 atau 3 bulan dalam tempoh 6 bulan jadi agak sukar permohonan pinjaman anda untuk diluluskan oleh bank.

Apa pula CTOS tu ?

CTOS adalah kad laporan kredit anda , dimana sebarang kegagalan pembayaran pinjaman anda termasuk bil utiliti dan bil telefon tindakan termasuk letigasi dan kebankrapan akan tertera dalam rekod CTOS. Ini memang akan mengurangkan peluang anda untuk lulus pinjaman perumahan.

Jangan fikir CCRIS dan CTOS akan senaraikan hitam nama anda tapi TIDAK sebenarnya.

CCRIS dan CTOS hanya memberikan rekod kredit untuk dinilai oleh bank. Jadi anda boleh dapatkan laporan CCRIS anda daripada Bank Negara atau laporan kredit CTOS untuk menyemak rekod anda.

Boleh faham ?

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Open chat