Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk Tahun 2021

hoc

HOC kembali untuk tahun 2021!! Jom ambil tahu apa kelebihan terbaru terutama seperti pengecualian duti setem untuk hartanah sehingga RM1 juta… Jangan lupa baca.

Pasti ramai pernah dengar dan baca tentang HOC yang dilancarkan pada Januari 2019, dan sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2019.

Tapi disebabkan pandemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia masih dilanjutkan.

HOC adalah antara inisiatif daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara 5 Jun 2020. Jom kita tengok apa yang skim ni dapat beri manfaat kepada pembeli rumah seluruh Malayisa.

Apa yang ada di dalam HOC ?

HOC adalah inisiatif kerajaan untuk menyokong pembeli rumah yang ingin membeli hartanah juga mendorong penjualan hartanah yang masih tak terjual dalam pasar perumahan Malaysia

Seperti yang diberitahu tadi kempen ni dilancarkan dari 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019 tetapi telah dilanjutka hingga 31 Disember 2019 awalnya dan sekarang telah diumumkan yang telah kembali berkuatkuasa mulai Jun 2020.

Dengan adanya kempen ni akan meningkatnya keinginan untuk pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, terutama di kawasan bandar, ia untuk memadankan pencari rumah dengan semua rumah-rumah yang kosong dan tidak terjual.

Tau tak terdapat 45,027 unit rumah kediaman tidak terjual pada akhir tahun 2018 menurut rekod Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

HOC telah bekerjasama dengan banyak pemaju untuk menggalakan pemberi rumah membeli rumah dengan hartanah yang sesuai.

Antara yang bakal pembeli dapat adalah seperti dari inisiatif kewangan dibawah.

Faedah apa yang dapat dari Kempen Pemilikan Rumah 2021 ni ?

Tujuan HOC ni untuk mendorong pembelian hartanah tertentu dengan sokong daripada insentif kewangan dan ia adalah :

  1. Pengecualian duti setem penuh sehingga RM1 juta.

Pemohon yang berjaya akan dapat pengecualian duti setem 100% pada pindah milik (instrument of transfer) untuk sebarang pembelian rumah kediaman yang  bernilai sehingga RM1juta

2. Pengecualian duti setem separa sehingga RM2.5 juta

Untuk hartanah bernilai lebih drp RM1 juta sehingga RM2.5 juta, perlu membayar 3% duti setem untuk pindah milik (instrumen of transfer) untuk jumlah yang lebih RM1 juta

3) Instrumen untuk mendapatkan pengecualian bagi pinjaman

Semua hartanah dalam skim ni boleh dapat pengecualian duti setem atas instrumen berkaitan mendapatkan pinjaman

4) 10% diskaun rumah

Selain daripada pengecualian duti setem, akan dapat pengurangan minimum sebanyak 10% untuk harga pembelian hartanah yang disenaraikan bawah kempen ni.

Faedah apa yang dapat dari Kempen Pemilikan Rumah 2021 ni ?

Apa yang HOC tawarkan sama sebelum ni, iaitu :

  1. Pengeccualian duti setem pada instrumen Pindah Milik dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah kediaman yang berharga antara RM300,000 hingga RM2,500,000 (apa pon tertakluk kepada sekurangnya 10% diskaun yang diberikan oleh pemaju)
  2. Pengecualian instrumen pindah milik terhad kepada RM1,000,000 pertama dari harga hartanah. Manakala pengecualian duti setem penuh akan diberikan pada perjanjian pinjaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani antara 1 jun 2020 hingga 31 Disember 2021.

Siapakah yang layak untuk kempen pemilikan rumah (HOC) ini ?

  1. Hartanah berdaftar – Kelayakan hanya untuk hartanah berdaftar yang disenaraikan pemaju di bawah skim ini.
  2. Kediaman Bertujuan – Pembeli mesti memberli hartanah dengan tujuan untuk tinggal
  3. Warganegara Malaysia – Pembeli dan pembeli bersama mestilah warganegara Malaysia
  4. 1 Jun 202 hingga 31 Disember 2021 – Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti dicop antara 1 Jun 2020 dan 31 Disember 2021 untuk layak terima pengecualian dan diskaun.

HOC ni untuk hartanah yang mana ?

HOC ni merangkumi hartanah kediaman berdaftar dengan nilai antara RM300,000 dan RM2.5 Juta.

Hartanah tersebut mestilah didaftarkan dengan phak berkuasa yang berkenaan untuk setiap wilayah, :

  • Sabah : Hartanah berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA)
  • Sarawak : Hartanah berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA)
  • Semenanjung Malaysia : Hartanah yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)

HOC 2021 hanya untuk pembelian rumah kediaman dimana semua hartanah yang layak mesti dibina dan dijadikan tempat kediaman , ia tidak boleh digunakan atau diubah tempat aktiviti komersial.

Apa yang anda perlu tau lagi ?

Jadi kita dah tau serba sedikit HOC ni apa sebenarnya. jadi apa soalan yang biasa akan ditanya berkenaan HOC ni :

  1. HOC ni tergunapakai utk pasaran sekunder (subsale) ke ?

Tidak, ia hanya untuk hartanah baru yang didaftarkan di bawah kempen ni dari pemaju-pemaju tertentu saja.

2. Bila HOC akan berakhir ?

Ia akan berakir pada 31 Disember 2021. Semua perjanjian SPA yang layak mesti ditandatangani antara 1 Jun 2021 sehingga 31 Disember 2021

3. Adakah perlu bayar yuran untuk ambil bahagian dalam kempen ni ?

Tidak, sebab ianya percuma. Pemaju sahaja yang dikenakan yuran pendaftaran bukan pemilik rumah.

4) Boleh beli beberapa hartanah ke ?

Boleh, kerana ia tiada had untuk jumlah pembelian hartanah dan boleh dapatkan pengecualian duti setem untuk setiap hartanah di bawah skim ni

5) Adakah semua hartanah dapat diskaun 10% ?

Potongan minimum dikenakan untuk semua hartanah dalam skim ni, kecuali yang tertakluk kepada kawalan harga kerajaan.

6) Berapa jumlah pengecualian pada instrumen pinjaman ?

Pengecualian dari jumlah instrumen pinjaman merangkumi 0.5% daripada perjanjian pinjaman . Jumlah itu termasuk sekali yuran setem standard untuk instrumen tersebut.

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Open chat