APA NAK TANYA KAT PERUNDING HARTANAH BILA JUMPA MEREKA ?

APA NAK TANYA KAT PERUNDING HARTANAH BILA JUMPA MEREKA ?

.

Saya pasti ada ramai masih tak biasa gunakan servis daripada Perunding Hartanah Berdaftar dalam urusan jual rumah.
.
Walaupun pernah gunakan tapi masih tidak pasti bagaimana hendak berurusan dengan mereka.

.

Jika anda pemilik atau pembeli ragu-ragu dan tidak tahu , jangan la segan silu untuk bertanya Perunding Hartanah Berdaftar ni sebab mereka tahu selok belok berkaitan hartanah dan membantu mengurangkan kesilapan anda.

,

Dan menjadikan urusan penjuala rumah lebih mudah dan anda ada hak untuk Tanya seberapa banyak soalan kepada mereka.
.
Bagi yang ada plan nak jual rumah tapi tidak tahu nak mula bagaimana, ni beberapa perkara yang saya dapat bantu anda.
.
1) Tanya Perunding Hartanah tu daripada agensi mana.

.

Ni penting untuk pemilik rumah tahu bila dapat contact atau recommend drp orang lain, confirmkan mereka daripada agensi mana.
.
Kenapa perlu tau ? Sebab penting untuk pastikan Perunding Hartanah memang dari AGENSI HARTANAH BERDAFTAR dan mereka sendiri adalah PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR.
.
Ada yang hanya menggunakan SSM tetapi tidak berlesen sebagai Ejen Hartanah. Untuk Agensi Hartanah Berdaftar, lesennya mesti bermula dengan VE atau E.

.

Profesional Fee untuk Perunding Hartanah hanya 3% sahaja daripada harga jualan.

.

2) Tanya Perunding Hartanah apa prosedur nya.

.

Samada Perunding Hartanah akan mulakana atau anda yang bertanya kepada mereka berkenaan prosedur urusan jual beli hartanah.

.

Tanyakan apa sahaja kepada mereka jika kurang pasti atau faham dimana daripada start jual, lepas tu pembeli bayar booking, permohonan loan pembeli, proses guaman dan sehingga serah kunci kerana setiap rumah berbeza prosedurnya bergantung kepada status rumah.
.
3) Tanya apa Market Value rumah.

.

Kebanyakan pemilik hartanah bila jual rumah akan letak harga ikut sesuka hati mereka tapi mereka tidak yang harga mereka letak tu Above Market Value. Sememangnya susah nak jual, setakat saya berkecimpung dalam bidang ni tak pernah dapat jual sebab merugikan pembeli. Maka sampai kesudah tak terjual.

.

Jadi jangan la ikutkan nafsu sangat dapatkan nasihat daripada Perunding Hartanah harga yang sesuai untuk dijual.
.
Mereka akan dapatkan beberpa informasi daripasa pemilik dahulu untuk tentukan harga yang sesuai dijual.

.
4) Tanya kos-kos yang perlu ditanggung.

.

Ada beberapa pemilik rumah fikir bila jual rumah mereka tidak perlu keluarkan kos. Jawapannya TIDAK.
.
Antara yang mereka perlu jelaskan :
– Discharge of Charge (melepaskan gadaian)
– Consent

-Confirmation Letter
.
dan antara kos pula :
– Legal Cost

– RPGT / CKHT
– GST dan lain-lain
.
5) Tanya dokumen apa perlu mereka tandatangan.

.

Selain daripada SNP (Perjanjian Jual Beli) yang perlu ditandantangan sekiranya sudah ke tahap ini.

.

Beberapa dokumen juga perlu ditandatangan.
– Surat lantikan

-Dokumen penyerahan rumah

-Dokumen berkaitan pinjaman bank dsb.
.
OK, jadi diatas antara perkara yang perlu pemilik Tanya. Jangan simpan-simpan jika rasa ada benda nak tanya.
.
Penting untuk setiap pemilik rumah tau untuk perancangan akan datang.
.

Perunding Hartanah Berdaftar
Sharil Routh
(REN 19425)

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Open chat