Supaya kita jadi insan yang bermanfaat, dimana kita sudah diberi peluang sebagai perunding hartanah , apa yang kita dapat bantu mereka di luar sana
Kita kena set target dan ianya tak jadi jika buat tanpa strategi dan fokus.
Bagi yang first time , buat yang achievable dan reachable dahulu. Kemudian measure setiap apa yang kita dah buat
Kita kena sentiasa beringat, kita ada vision bukan sekadar untuk dunia sahaja. Tetapi nak bawa vision kita sehingga akhir hayat.
Dan nak kebaikan di akhirat bukan sekadar untuk kita. Bagaimana nak jadi insan bermanfaat
Jika BRANDING tak pernah nak tekankan dan abaikan . jadi kita tidak boleh beri alasan sebab REN terlalu ramai sekarang ni.
Tetapi sebenarnya kita yang buat tidak endah dekat PERSONAL BRANDING, sebab tu dalam masa sama marketing pun terus jadi takde kualiti.
FIRST STEP marketing adalah BRANDING kita.
MARKETING adalah AWARENESS
Untuk pastikan AWARENESS TU BERKESAN, perlu ada AWARENESS + INFLUENCE!
Jadi bila nak MARKETING yang INFLUENCE, adalah lihat tahap TRUST BRAND kita bagaimana.
Boleh nampak sini ? Yang penting adalah TRUST kita.
Then fikirkan marketing ! BARU ADA SALES!
Tak susah nak ibuat iklan hartanah yang baik, ia hanya perlu ada banyak aspek relevan seperti gambar yang cantik, ayat bujukan emosi, butiran fizikal lengkap dan maklumat untuk dihubungi. JOM JADI EJEN HARTANAH TERBAIK!
INGAT! PENGIKLANAN ADALAH PERMAINAN STRATEGI.
Gambar atau visual menarik adalah cara terbaik menarik perhatian pemburu hartanah bila buat iklan.
Anda perlu memuatnaik gambar yang cantik dari sudut yang tepat bagi hartanah yang anda iklankan. Cari sudut terbaik dan paling menarik!
Gambar ada kuasa menarik minat orang, tapi kata-kata ada keistimewaan tersendiri untuk meyakinkan orang membeli atau menyewa hartanah
Lupakan ayat-ayat kosong tanpa emosi yang hanya beritahu fungsi bilik, bosan! Jadi, tambah sikit emosi bila menjual.
Dah habis karang ayat yang indah dan berbunga-bunga sikit, jangan lupa aspek fungsi! Matlamat bakal pembeli atau penyewa adalah untuk dapatkan maklumat terperinci hartanah itu.
Berapa besar bilik tidur? Berapa banyak unit dalam satu bangunan? Bagaimana dengan kawalan keselamatan?
Soal akses kepada hartanah adalah aspek penting untuk hartanah, sebab tu anda kena beri tumpuan bila buat iklan.
Bakal pelanggan anda semestinya nak tahu jika kawasan itu dekat dengan bandar atau terletak di kawasan terpencil dengan jalan sempit.
Cara paling mudah tapi berkesan untuk tunjuk ruangan hartanah adalah dengan letak pelan lantai rumah
Visualisasi yang dibuat mereka sendiri akan menaikkan peluang untuk mereka menghubungi anda. Ini proses yang sangat kritikal.
Tempat terbaik untuk buat iklan hartanah dan pastikan ia dibaca ramai pemburu hartanah adalah laman web platform dan media sosial.
Anda boleh karang ayat bunga-bunga penuh emosi, lengkap dengan semua maklumat, pendek kata memang terbaik di dunia lah!
Tapi, jika tak sertakan maklumat untuk dihubungi, memang tak akan jadi apa-apa. Sertakan maklumat jelas siapa yang perlu dihubungi dan langkah seterusnya.
Ye saya faham, anda masih tidak tahu proses jual beli rumah. Takut kalau orang call tak tau nak jawab apa ? Jangan risau perkara itu bila ada klien call proses belajar kamu lebih cepat.
Kesilapan saya lihat banyak Ejen Baru, mereka nak tunggu perfect faham proses jual beli rumah tetapi mereka takde inisiatif untuk ambil tahu.
Takpe, MULAKAN DENGAN IKLANKAN LISTING DAHULU walaupun anda masih ada banyak tidak tahu, sebab untuk anda dapat leads pun mungkinambil masa yang lama. Jadi kena mula dari sekarang.
Jangan risau, jika dapat leads dan tidak tahu hubungi je saya.
Di bawah adalah antarfa rutin dan perkara yang sering berlaku dengan kita sebagai REN. Ini adalah sebahagian sahaja.
Jangan rasa runsing sebab fikir banyak tidak tahu, itu normal sebab kamu masih baru, even REN lama pun banyak masih belajar dari semasa ke semasa.
Itu yang saya tekankan , mulakan dengan iklan terus. Bila ada pertanyaan daripada klien kamu akan lebih tahu apa yang kamu nak tahu dan lebih cepat faham.
© Super Hartanah 2016