BERAPA CEPAT PROSES PINDAH MILIK HARTANAH ?

Untuk proses jual beli rumah. Jenis geran akan menentukan proses dan jangka masa pindah milik.

Jadi Perunding Hartanah Berdaftar kena fahamkan sebaiknya apabila menerangkan kepada pemilik rumah dimana mereka nak tahu bila dapat duit daripada pembeli dan pembeli pula dah tentu nak tau bila mereka boleh pindah ke rumah yang mereka beli tu.

Jadi di sini saya akan terangkan bagaimana proses dan berapa jangkamasa pindahmilik untuk hartanah yang dah ada Geran individu atau strata.

Jadi utk pertamanya kita kena tahu dulu proses awal jual beli.

Jual beli mula berlaku bila pembeli menandatangani Confirmation Form/Booking Form dengan menyertakan Booking Deposit/Earnest Deposit.

Selepas itu kita akan bantu pembeli untuk dapatkan dan buat permohonan pinjaman bank juga Khidmat Guaman untuk sediakan SNP/SPA.

Untuk permohonan pinjaman bank bergantung kepada pembeli berapa lama tempoh yang diperlukan biasanya sekitar 14-21 hari bekerja, kebiasaanya Perunding Hartanah Berdaftar yang akan nasihatkan kepada pembeli dan juga pemilik.

Sebaik sahaja Pinjaman Bank pembeli lulus dan pihak peguam akan siapkan draft SNP seterusnya pembeli dan penjual akan menandatangani SNP.

Apabila pihak pembeli dan penjual sudah tandatangan SNP, pihak peguam akan buat pindah milik proses dan jangkamasa pindah milik proses bergantung kepada jenis geran dan sekatan kepentingan begitu juga jenis pinjaman.

Sekiranya rumah yang dijualkan tu dah ada geran, jadi perlu semak samada hartanah tu ada sekatan kepentingan atau tidak.

Untuk hartanah yang tiada sekatan kepentingan seperti kebanyakan hartanah Freehold. Pindahmilik biasanya akan ambil masa sekitar 90 hari bekerja daripada tarikh SNP. Dalam tempoh 90 hari ini ada beberapa kerja yang peguam kena selesaikan.

Ringkasnya jika penjual masih ada hutang dengan bank, peguam akan minta bank pembeli untuk bayar bagi hutang penjual terlebih dahulu.

Ini di panggil pembayaran pertama atau First Disbursement. Tujuan First Disbursement ni adalah untuk lepaskan gadaian dari bank pemilik dan untuk dapatkan geran asal. Proses ni juga kita panggil Discharge of charge.

Bila dah dapat geran asal, peguam akan buat pindah milik dari nama penjual ke nama pembeli dan gadaikan geran yang dah atas nama pembeli kepada bank pembeli.

Bila dah selesai bank pembeli akan bayar baki harga rumah kepada peguam. Bayaran ni dipanggil bayaran kedua atau second disbursement.

Peguam kemudiannya akan periksa segala bil seperti utility, cukai pintu dan cukai tanah, sekiranya tiada tunggakan peguam akan bayar baki harga rumah kepada penjual.

Penting untuk kita tahu di sini, bila bank pembeli akan buat bayaran pertama kepada bank penjual. Pembeli dah mula buat bayaran bulanan kepada bank tapi bukanlah bayaran penuh. Pembeli hanya bayar keuntungan  atau faedah bank berdasarkan baki hutang pemilik.

Bila bank dah buat second disbursement baru pembeli kena bayar full instalment. Tempoh First dan second disbursement ni dalam 1 – 2 bulan.

Untuk hartanah yang dah ada geran dan ada sekatan kepentingan proses agak berbeza. Sebelum peguam boleh uruskan pinjaman dan pindah milik,  pemilik kena dapatkan kebenaran jualan daripada Kerajaan Negeri. Peguam yang akan bantu pemilik untuk memohon kebenaran ni tapi proses ambil masa dalam 2-3 bulan daripada tarikh SNP.

Sebaik penjual dah dapat izin daripada Kerajaan Negeri, peguam akan ambil masa 90 hari bekerja untuk buat pindah milik proses sama seperti tadi.

Anggaran kasar hartanah yang ada sekatan seperti hartanah leasehold ,pindah milik ambil masa dalam 6-7 bulan dari tarikh SNP.

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To
Open chat