Cukai Keuntungan Harta Tanah

Cara kira hasil jualan rumah

Lo

Perlu ke bayar cukai rumah ni ?

.

Kalau nak tau cukai keuntungan harta ni pemilik harus tahu dimana mereka kena tanggung apabila nak jual rumah.

.

Kami sebagai perunding hartanah biasanya akan bantu kirakan anggaran cukai untuk bantu pemilik buat keputusan yang tepat.

.

Apa itu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ni ?

.

Ia adalah cukai kerajaan kenakan ke atas untung jualan hartanah. Ia juga dipanggil Real Property Gains Tax (RPGT). CKHT ni lah antara sumber pendapatan kerajaan dan cara kawal harga rumah.

.

Bagaimana kira cukai ini ?

.

Guna formula Untung Jual Rumah x Kadar Cukai.

.

Kaedah yang digunakan adalah ikut yang ditetapkan Lembaga Hasil Dalam Negeri,

.

Bagaimana nak kira Untung Kasar ?

.

Kena tolak harga beli daripada harga jual. Nak tau harga beli , boleh tengok di SNP pemilik rumah. Apa pun jika jualan berlaku pada tahun 2020 dan ke atas tetapi hartanah yang dibeli sebelum tahun 2013 maka harga beli kena ikut pasaran pada 1 Januari 2013 sebabnya harga beli ni ditentukan oleh LHDN. Harga jual kena buat anggaran jika belum ada pembeli.

.

Ada tak kos yang dibenarkan untuk ditolak ?

.

Ni antara kos sampingan jual beli rumah yang LHDN benarkan untuk buat penolakan, iaitu :

  • Kos ubahsuai
  • Yuran Ejen Hartanah
  • Yuran Guaman
  • Yuran Juruukur, akauntan dan peniliai
  • Kos pindahmilik termasuk duti setem dan kos pemasaran

.

Sebaik dah tolak kos-kos ini, amaun yang dapat tu adalah Keuntungan yang boleh dikenakan cukai (Chargebale Gain)

.

Bagaimana tolak pengecualian ini ?

.

Perlu kita tolak Chargebale gain ini dengan pengecualian jadual 4 akta CKHT dimana dalam jadual ini kerajaan benarkan untuk dapat pengecualian yang sama dengan 10% daripada Chargeable Gain atau RM10,000, ikut yang mana lebih besar.

 

Chargeable Gain Pengecualian

.

Bagaimana kira untung yang dikenakan cukai ?

.

Jumlahkan semua hasil dan kos jadi inilah untung yang perlu darab dengan kadar cukai CKHT/RPGT dimana ia dipanggiul Untung yang dikenakan Cukai.

.

.

Bagaimana nak tentukan kadar CKHT ?

Itu selepas buat kiraan Untung yang Dikenakan Cukai , lepas tu tentukan kadar CKHT. Kadar ni bergantung berapa lama penjual dah beli hartanah tu daripada tarikh belian. Ini adalah kadar cukai buat masa ini :

.

CKHT

Jika lihat table di atas , katakan jualan berlaku pada tahun pertama hingga ketiga bermakna kadar cukai adalah 30%. Pada tahun keempat 20%, tahun kelima 15% dan tahun keenam ke atas 0%.

.

kira cukai

Ambil contoh diatas dimana Puan Sharifa pernah beli rumah pada 10 April 2014 dengan harga RM210,000 dan beliau telah jual pada 9 Mei 2017 dengan harga RM400,00. Puan Sharifa ada buat ubahsuairumah dan kos peguam dalam RM70,000.

.

Jadi kena tolak dulu harga beli iaitu RM210,000 dan juga kos LHDN benarkan RM70,000 daripada harga jual iaitu RM400,000.

.

Maka dapatla Keuntungan yang boleh dikenakan cukai (Chargeable gain) RM120,000. Lepas tu tolak pengecualian jadual 4 dimana RM120,000 daripada 10% dan akan dapat RM12,000. Sebaik tolak jumlah dari chargeable gain tu, keuntungan yang dikenakan cukai RM108,000.

.

Disebabkan Puan Sharifa jual pada tahun ketiga maka kadar cukai yang dikenakan 30% daripada keuntungan yang dikenakan cukai. Jumlah yang kena bayar RM32,400.

Kiraan Cukai yang dikenakan (CKHT)

Join The Discussion

One thought on “Cukai Keuntungan Harta Tanah”

  • Martin Moore

    Proin sagittis dolor sed mi elementum pretium. Donec et justo ante. Vivamus egestas sodales est, eu rhoncus urna semper eu. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Integer tristique elit lobortis purus bibendum.

    Reply

Compare listings

Compare