Direct , Double Transfer & Perfection

Direct Double & Perfection

Sebelum ni saya ada terang pasa Master Title kan ? Ingat tak ? Dimana pemilik geran Master Title tiada geran yang sah a ke atas mereka.

.

Sebaik pemaju dah mohon dan pejabat tanah keluarkan geran individu atau strata jadi pemilik kena buat perfection untuk tukar nama daripada pemaju kepada nama pemilik.

.

Bagaimana pula kalau pemilik belum buat perfection tapi pemaju dah lama keluarkan geran, pemilik pula nak jual rumah dan sudah ada pembeli ?

.

Kebiasaan bila geran sudah keluar dan pemilik belum buat perfection dan dah ada pembeli ada 3 salah satu proses pindahmilik yang mungkin akan berlaku dalam iaitu Direct Transfer, Double Transfer dan Perfection.

.

Jadi peguam akan hubungi pemaju untuk pastikan proses mana yang perlu guna. Adakala kami sebagai perunding hartanah juga akan periksa dahulu dengan pemaju sebelum jual rumah pemilik supaya dapat jangka berapa lama proses akan diambil.

.

Apa pun pemaju yang akan beritahu proses mana yang perlu guna samada direct transfer, double transfer atau perfection. Biasanya punya kalau hartanah tu tiada sekatan kepentingan daripada pihak berkuasa negeri, akan guna proses direct transfer atau doublen transfer. Kalau hartanah yang ada sekatan pula proses direct transfer atau perfection kebiasaannya.

Proses pindah milik chart

.

Bagaimana Direct Transfer tu ?

.

Proses pindah milik jenis Direct Transfer ni dilakukan terus daripada pemaju kepada pembeli baru dimana pembeli kena bayar kos duti setem untuk pendaftaran pindahmilik. Pemilik pula kena bayar kos pengurusan yang mungkin pemaju kenakan.

.

Biasanya proses direct transfer ni sangat berbanding proses lain , dalam 5-6 bulan boleh siap daripada tarikh SNP kalau tiada sekatan. Katakan ada sekatan, lebih kurang dalam 8 bulan.

Direct Transfer

.

Bagaimana Double Transfer pula ?

.

Untuk kes ni pemaju akan buat pindahmilik hartanah kepada pemilik asal dahulu kemudian kepada pembeli. Proses-proses pindahmilik ini boleh buat serentak di pejabat tanah semasa pendaftaran.

.

Pemilik dan pembeli kena bayar kos duti setem kerana proses double transfer ni berlaku dua kali daripada pemaju kepada penjual dan penjual kepada pembeli.

.

Seperti yang saya beritahu proses double transfer biasanya melibatkan hartanah yang tiada sekatan kepentingan oleh pihak berkuasa negeri sebagai contoh freehold.

.

Jangkamasa untuk selesai lebih kurang dalam 6-7 bulan daripada tarikh SNP.

Double Transfer

.

Perfection pula bagaimana ?

.

Pemilik kena selesaikan Perfection of Transfer kepada nama mereka iaitu pemilik dahulu dan baru buat pindahmilik kepada pembeli baru. Proses pindahmilik ni adalah proses perfection biasa, nampak sama dengan double transfer kan ? tapi berbeza sebenarnya.

.

Dimana pindahmilik daripada pemaju kepada pemilik dan daripada pemilik kepada pembeli baru tidak boleh buat serentak di pejabat tanah. Umpama proses jual beli dilakukan dua kali dan tempoh untuk selesaikan pindahmilik pula biasanya pun dua kali lama berbanding biasa.

.

Jika tiada apa-apa masalah pindah milik ni biasanya akan ambil masa dalam 14 bulan daripada tarikh SNP dan biasa melibatkan hartanah yang ada sekatan kepentingan yang perlukan kebenaran pihak berkuasa negeri seperti Leasehold.

.

Kami sebagai perunding hartanah sentiasa akan nasihatkan pemilik dan pembeli tentang proses berkaitan jadi kami akan periksa geran dan pemaju lebih awal dahulu untuk elakkan salah faham dan beri maklumat terlebih dahulu kepada mereka.

Perfection

Join The Discussion

2 thoughts on “Direct , Double Transfer & Perfection”

  • Henry Tran

    Nam pharetra interdum vestibulum. Aenean gravida mi non aliquet porttitor. Praesent dapibus, nisi a faucibus tincidunt, quam dolor condimentum metus, in convallis libero ligula ut eros.

    Reply
  • admin

    Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Integer tristique elit lobortis purus bibendum, quis dictum metus mattis. Phasellus posuere felis sed eros porttitor mattis.

    Reply

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To