Geran Individu & Strata

Geran Individu & Strata

Apa beza kedua ini ?

Geran hartanah ni penting untuk kita tau jenis-jenisnya untuk tentukkan jenis hakmilik dan juga proses jual beli.

Geran ada 3 jenis :

  1. Geran individu
  2. Geran Strata
  3. Geran Induk

Untuk dalam ni saya terangkan berkenaan Geran Individu dan Geran Strata.

.

Apa itu Geran Individu ?

Geran Individu ialah geran dimana ada sempadan tanah yang jelas, berasingan dan tidak ada kemudahan bersama.

Biasanya kebanyakan kediaman landed seperti rumah teres, banglo , semi d ni jenis geran  individu. Tapi ada juga kediaman landed dari kategori strata.

Kebiasaannya proses permohonan pinjaman dan pindahmilik untuk hartanah yg geran individu ni lebih cepat dan mudah.

Geran individu ni nanti pembeli akan gadaikan kepada bank untuk dapatkan pinjaman dimana geran asli rumah tu nanti bank pembeli akan pegang untuk bank bagi pinjaman.

Apa pula itu Geran Strata ?

Geran strata lebih merujuk kepada kediaman yang bertingkat seperti flat, pangsapuri, dan kondominium. Tapi kediaman landed pun ada yang jenis strata juga. 

Lot strata ni biasanya tidak ada sempadan tanah yang jelas dan selalunya terdapat kemudahan bersama.

Contoh seperti kondominium , tidak ada lot tanah sendiri dan ada fasiliti serta kemudahan yang digunakan bersama seperti swimming pool, taman permainan, gym dan pelbagai lagi. Koridor pun dikira sebagai kemudahan bersama.

Bagi sesiapa yang beli hartanah strata ni, mereka akan tandatangan satu dokumen yang dipanggil Deed of Mutual Covenant. Dimana dokumen ini ialah peraturan yang pemilik hartanah mesti patuhi bila mereka tiggal di hartanah strata.

Biasanya proses permohonan pinjaman dan pindahmilik hartanah strata ni lebih mudah dan cepat jika bukan Geran Master title. Sama seperti geran individu jika pembeli beli rumah yang geran strata dengan pinjaman tetap akan gadaikan geran asli hartanah tersebut kepada bank untuk dapatkan pinjaman.

Bagaimana nak tahu Geran Strata ?

Biasanya boleh semak di geran tu dimana tajuk geran tu akan tulis Hak Milik Strata.

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To