Sebelum ni saya ada terangkan berkenaan Geran Individu & Strata . Kali ni saya akan terangkan Geran Master pula. Bagi geran Master Title prosesnya kita tidak dapat jangka adakala lancar sahaja tetapi adakala pelbagai yang perlu lalui.
.
Apa Geran Master Title ni ?
.
Ia adalah Geran Induk dimana merangkumi semua unit yang pemaju bina di atas satu tanah dalam projek perumahan mereka.
.
Jika pembeli beli hartanah daripada projek baru yang belum siap. Kebiasaannya unit yang mereka beli tu masih lagi belum lot individu atau strata yang sah. Kiranya tiada geran lagi.
.
Jadi kita akan perasan bila semak dalam Geran Master tu masih nama pemaju atau pemilik tanah untuk keseluruhan projek.
.
Deed of Assignment
.
Disebabkan Master Title ni tiada lot atau petak berasingan yang sah untuk buktikan hak pemilik maka pembeli akan tandatangan satu dokumen iaitu Deed of Assignment dengan pemaju. Ia boleh dikatakan surat dimana pemaju mengiktiraf pemilik sebagai salah seorang pemilik yang ada kepentingan dalam Geran Master Title. Tapi pemilik sebenar tetap adalah pemaju.
.
Jadi , jika pemilik nak jual rumah yang masih Master Title, proses pindahmilik perlu dapat pengesahan atau kebenaran daripada pemaju rumah tersebut iaitu Developer Confirmation atau Consent.
.
Sebaik sahaja projek siap pemaju aka mohon di Pejabat Tanah untuk pecahkan Geran Master Title kepada lot-lot asing ke atas nama pemilik.
.
Bagaimana jika pemilik nak jual rumah yang masih Master Title ?
.
Maka pemilik asal atau pertama hartanah tersebut akan tandatangan satu lagi dokumen Deed of Assignment untuk serahkan kepentingan mereka kepada pemilik baru.
.
Hartanah yang masih Master Title ni boleh jadi berterusan sebab boleh jadi pemilik baru tersebut gerannya juga masih Master Title jadi seperti biasa akan tandatangan dokumen Deed of Assignment.
.
Jika pembeli beli hartanah Master Title ni melalui pinjaman maka mereka kena tandatangan satu lagi Deed of Assignment dan Power of Attorney.
.
Dimana nak serahkan kuasa dan kepentingan hartanah tersebut kepada bank. Jadi bila bank dah dapat kuasa dan hak kepentingan baru bank bagi pinjaman kepada pembeli. Jika pembeli tidak bayar pinjaman, bank boleh lelong hartanah tersebut.
.
Ada 2 Deed of Assignment iaitu
- Deed of Assignment by way of transfer – Untuk buktikan hakmilik
- Deed of Assignment by way of security – unntuk dokumen sekuriti kepada bank
.
Jadi bila nak uruskan hartanah ni kena ambil tahu dan berhati-hati kerana :
- bagi hartanah Master Title yang dah lebih 10 tahun tidak semua bank terima permohonan pinjaman pembeli.
- Jika pemaju bankrap, proses pindahmilik boleh jadi ambil masa yang lama daripada biasa
- Pemaju ada tanggungjawab untuk kutip cukai tanah daripada penduduk dan kena buat bayaran sebabnya masih Geran Induk. Jika ada penduduk yang tidak bayar tunggakan cukai ia boleh menghalang proses pindah milik pemilik orang lain.