TUAN, SAYA NAK GUNA LPPSA. BOLEH 100% LOAN KAN UNTUK RUMAH PERTAMA?

hartanah

“Tuan, saya nak guna LPPSA. Boleh 100% loan kan untuk rumah pertama?” pada masa setiap kali dapat soalan ni saya akan senyum dan tarik nafas panjang dulu.
.
.
Kenapa? Kebanyakan client saya kerja kerajaan ni tak tahu kelebihan yang mereka ada untuk beli rumah lebih banyak dan lebih mudah dari pekerja swasta. Ya, ada yang dah tahu, tapi 90% daripada client saya masih belum tahu. Terutamanya yang baru hendak membuat pembelian rumah pertama.
.
.
Tahukah anda, untung ya amat jika tahu susun strategi menggunakan Margin of Finance (MOF) sebaiknya. Selalunya MOF bank bagi rumah pertama semua orang ada peluang dapat 90 ke 100 peratus mengikut kelayakan. Bagi rumah kedua pula 90 peratus.
.
.
Jika pekerja swasta, katakan suami dan isteri bekerja:

Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank
4. 70% bank

Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank
4. 70% bank

Maknanya, bila 70 peratus MOF sahaja, 30 peratus deposit perlu sediakan. Kena kerja gigihlah kan untuk ada wang tunai. Contoh rumah RM500,000. Kalian perlu ada RM150,000 sekurangnya tidak termasuk yuran guaman dalam anggaran 3 peratus dari harga rumah iaitu RM15,000. Banyakkan duit nak kena keluar?!
.
.
Ini pula situasi pekerja kerajaan jika tidak guna strategi memanfaatkan MOF yang betul. Katakan suami penjawat awam, isteri atau sebaliknya.

Suami
1. 100% LPPSA
2. 90% bank
3. 70% bank
4. 70% bank

Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank
4. 70% bank

Rumah ketiga buat suami walaupun penjawat awam akan tetap sama dengan pekerja swasta, iaitu perlu sediakan 30 peratus minima deposit. Kena jugalah kerja keras kan?
.
.
Jadi, bagaimana jika penjawat awam kedua suami isteri, tapi susun strategi MOF pada yang paling optimum?

Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank

Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank

Ini bermakna rumah ketiga untuk suami dan isteri, boleh dibeli tanpa menggunakan wang tunai sebanyak 30 peratus. Untung sangat kan?
.
.
Boleh dapat 6 biji rumah pada modal yang lebih rendah berbanding pekerja swasta gais!
.
.
Oh ya. Strategi ni sesuai kalau kalian rasa nak ada aset ada pendapatan pasif dari sewa atau jualan rumah masa akan datang. Kalau rasa nak ada sebiji rumah sahaja jadi pusaka, tak perlulah fikir pun pasal MOF ni.
.
.
Buat yang dah terguna LPPSA rumah pertama kerana tiada ilmu, bertabahlah. Berlapang dada dan terus cari ilmu hartanah untuk gandakan aset dan harta. Ilmu ni pun ada cara nak kumpul deposit cepat. Belajar laju-laju jika sungguh nak kaya!
.
.
Bagi mereka yang belum mula beli dan masih ada lagi kelebihan LPPSA ni, haa rancang sebaiknya. Biarlah kita jadi kaya raya ada harta walau mula 6 biji sahaja.
.
.
Jika ada juga yang nak guna untuk rumah pertama LPPSA, bukanlah satu jenayah. Namun, agak rugi bila kalian tersedar nak beli rumah ketiga nanti. Percayalah, saya dah jumpa ramai yang menyesal hari ini bila tak tahu atau tak nak dengar nasihat. Ramai dari mereka beranggapan pada awalnya mereka hanya mampu dan akan beli 1 rumah saja seumur hidup.
.
.
Kongsikan posting ini pada kawan-kawan atau keluarga penjawat awam yang mungkin tidak tahu tentang kelebihan mereka ini. Mudahan sama-sama kita bantu lebih ramai orang kita miliki aset dan jadi orang Islam kaya!
.
.
Ilmu free je ni gais. Tekan share pun ada pahala dia

.

Kredit
Herman Sazwan

Join The Discussion

Compare listings

Compare