FAKTOR DALAM PEMBELIAN RUMAH

Assalamualaikum semua!

Ada beberapa faktor dalam pembelian rumah yang korang kena tahu!

Nak Ke Nak?

Ok, Tapi untuk sharing ini MJ akan explain secara sempoi berkenaan 1 cara dulu dari 7 panduan penting dibawah ni guys!

1. Objektif beli rumah
2. Jenis-jenis rumah
3. Cara kira kelayakan pinjaman perumahan
4. Kos beli rumah
5. Market value dan Selling Price
6. Perlu Ke Guna Ejen Untuk Beli Rumah
7. Kepentingan viewing rumah untuk dibeli

PERTAMA

Objektif Beli Rumah

Eh! apsal tanya tujuan saya nak beli rumah”

“Sabar Tuan. Sebelum apa-apa tindakan, yang penting kena jelas apa itu tujuan untuk membeli rumah”

Semasa sesi ngeteh dengan client, MJ selalunya akan terangkan STEP-STEP ini dan dimulakan dengan Objektif Beli Rumah. Secara mudahnya MJ simpulkan ada 2 tujuan untuk beli rumah, iaitu:

>Untuk Tujuan Kediaman
>Untuk Tujuan Pelaburan

Tips Beli Rumah Kediaman:

1. Beli rumah yang tidak terlalu jauh dengan tempat kerja. Seboleh-bolehnya kurang 30km atau 45 minit perjalanan. Jika anda dah berkahwin, utamakan kediaman yang berhampiran dengan tempat kerja isteri. Insyallah jadi gentleman isteri akan lebih sayang!

2. Tempat kerja yang terlalu jauh dengan rumah memberi kesan kepada masa anda dan juga kos perjalanan, minyak, tol dan maintenance kereta. Kalau terlalu jauh, boleh kopak duit dalam bank

3. Kejiranan yang baik dan sosial yang bagus. Untuk bertujuan untuk membesarkan anak-anak. Ini sangat sangat lah penting kerana pembeli bukan beli rumah untuk duduk sehari dua, malah bertahun tahun!

4. Dalam Islam digariskan oleh para ulama 3 elemen penting rumah kediaman iaitu Safety, Hygiene dan Privacy. Rujuk artikel Ahkam al-Maskan: Hukum Hakam Rumah Kediaman

Tips Beli Rumah Pelaburan:

1. Biasanya pelaburan hartanah melibatkan Cashflow dan Capital Appreciation.

2. Cashflow secara mudah untuk dapatkan keuntungan daripada sewaan hartanah. Kadar sewa lebih daripada installment bank dan kos-kos lain seperti cukai, maintenance fee. Sesuai bagi rumah flat/apartment. Lagi lagi property di KUALA LUMPUR ! Permintaan amat lah tinggi

3. Capital Appreciation biasanya bagi kes kenaikan harga rumah daripada harga asal pembelian. Contohnya Rumah Acacia Park Nilai dibeli pada 2008 dengan harga RM 170,000 dan dijual pada 2017 dengan harga RM 430,000. Sesuai bagi rumah landed. Rumah non-landed pun boleh dapat jika kena dengan harga

Semua terpulang pada anda. Tepuk dada tanya akaun bank.

Kredit

Az Muaz

Join The Discussion

Compare listings

Compare