CARA MUDAH NAK TAHU KELAYAKAN PINJAMAN RUMAH UNTUK KITA BELI?

Nak beli rumah, perkara asas ni anda WAJIB tahu, sebabnya anda boleh jimatkan masa, duit dan tenaga bergerak kesana kesini, kesana kesini dan ia juga melibatkan Ejen rumah, penjual rumah, abang dan kakak banker yang proses loan anda.
.
Percayalah sesungguhnya bila anda tahu KELAYAKAN PINJAMAN ANDA pasti dan pastinya …ejen rumah sayang anda sebab dapat pembeli yang bijak, penjual rumah seronok, pembeli layak beli rumah beliau, banker pun seronok sebab pinjaman anda lulus dan paling seronok sudah tentu pembeli itu sendiri kerana pinjaman telah lulus dengan jayanya.
.

Ini adalah antara cara mudah nak periksa kelayakan pinjaman anda.
1. Semak dengan pegawai bank (bawa slip gaji terkini)
2. Guna Apps
3. Tanya Ejen hartanah
4. Kira sendiri lepas baca artikel ni.
.

Perkara asas yang anda harus tahu ialah DSR. (Debt Service Ratio), sebelum tu jom kita fahamkan
.
.
Apa itu DSR?
DSR ni ialah kiraan untuk mengira jumlah pinjaman yang layak kita terima atau bahasa mudahnya ialah jika gaji kita RM1000 berapa komitment yang boleh kita buat berdasarkan gaji RM1000.
.
.
Formula untuk kira DSR tuan puan adalah seperti berikut:
(Komitmen bulanan semasa + bayaran bulanan rumah baru) / pendapatan bersih.

Setakat ni jelaskan. Alhamdulillah.

Jom kita bantu Cik Kiah kira kelayakan pinjaman rumah untuk Cik Kiah beli?

Contoh gaji Cik Kiah RM3,500 (Pendapatan bersih)
Ansuran bulanan

Kereta = RM450
Kad kredit = RM200
Pinjaman peribadi = RM500

[Total komitmen = RM1,150]

Baki bayaran bulanan yang anda layak dapat adalah:
RM 3500 x 70% = RM2,450 (DSR Maksimum) [–] RM1,150 (Total komitmen) = RM 1300 (Baki bayaran bulanan)

(Kenapa kena darab dengan 70%?)
Contoh ni, saya gunakan DSR Maksimum untuk Pendapatan Bersih sebanyak RM3,500 daripada bank CIMB. DSR maksimum yang CIMB benarkan adalah 70%. Lain bank, lain kadar DSR Maksimum.
.
.
Baki Bayaran bulanan x 200 = Pinjaman yang layak dapat

[Menggunakan konsep RULE 200]

RM1300 x 200 = RM260,000 (NILAI HARTANAH)

[Semasa penulisan artikel ini, analisa mungkin tidak tepat 100%. Untuk rujukan asas sahaja.]
.
.
[NILAI HARTANAH YANG CIK KIAH BOLEH BELI IALAH RM 260,000]
.
.

SELESAI KIRA KIRA KELAYAKAN PINJAMAN RUMAH UNTUK CIK KIAH BELI..

[INFO TAMBAHAN]

CIK KIAH juga perlu tahu, dimana kebanyakan bank berikan pinjaman 90% sahaja.

Jadi Cik Kiah perlukan deposit 10 % dari harga nilai hartanah serta tambahan 3.5% untuk kos guaman dan kos duti setem.
.
.

Kredit

Faizul Zamrod

Join The Discussion

Compare listings

Compare