JANGAN TERIKUT – IKUT ORANG BELI RUMAH

Beli rumah merupakan keputusan paling besar yang akan dilakukan oleh setiap orang. Jadi, bab beli rumah ni jangan duk ikut – ikut orang. Fahamkan objektif diri sendiri nak beli sebab apa? Nak beli untuk tinggal sendiri dengan famili atau bakal famili, ataupun nak beli untuk pelaburan?
.
.
Jawab soalan ni dulu sebelum pergi ke langkah seterusnya? Setiap objektif yang ditentukan akan membawa kepada proses dan kefahaman ilmu yang berbeza.
.
.
Cuma untuk post kali ini, saya nak kongsikan 7 tips sebelum beli rumah untuk didiami.

1. Bersedia dengan profil kewangan.

a. Sediakan dokumen pendapatan (slip gaji). Untuk yang bergaji tetap, biasanya bank perlukan 3 bulan slip gaji yang terbaru, manakala untuk yang bergantung kepada komisen, biasanya bank akan minta slip pendapatan komisen untuk 6 bulan.

b. Sekiranya majikan ada berikan bonus, boleh lampirkan sekali sebagai dokumen sokongan.

c. Jika ada buat bisnes sampingan, tu pun boleh direkodkan untuk bukti dokumen sokongan.
.
.

2. Senaraikan rekod potongan

a. Rekod KWSP
b. Rekod PERKESO
c. Rekod potongan cukai bulanan
d. Rekod potongan zakat
.
.

3. Kemaskan laporan CCRIS.

a. CCRIS ni apa? Dia macam report card untuk semua peminjam even rekod PTPTN pun ada ye dikemas kini. Kita boleh akses online juga untuk semak rekod CCRIS ni. Dulu saya pernah sekali pergi BNM, dan print rekod CCRIS di kiosk.

Kebetulan ada seorang pegawai bank tu tanya, nak saya tolong terangkan report CCRIS. Untuk yang first time tengok, ok sangat la kan ada pegawai nak tolong terangkan.

Kalau kat rekod tu ada no 0, maksudnya tak da bayaran tunggakan, tapi kalau dia dah start keluar selain no 0, jaga – jaga…semakin meningkat no tu, bermakna semakin banyak bulan kita dah tertunggak buat bayaran. Kes yang paling famous ialah PTPTN la biasanya.

b. Kenapa penting rekod CCRIS dimata bank? Sebab report card ni yang akan mengukur tahap disiplin seseorang untuk membayar balik setiap pinjaman lalu. Kalau awal- awal dan koyak, hmm macam mana bank nak confident bagi pelepasan pinjaman baru? Fikir -fikirkan… tapi kalau rekod CCRIS tu tak berapa cantik, its ok. Take your time and put your effort untuk cantikkan semula dalam 6 – 12 bulan. Insya Allah, there’s a will, there’s a way.
.
.
4. Senaraikan komitmen ( jika ada )

a. Personal loan
b. Sewa beli kenderaan
c. Kad kredit
d. PTPTN
.
.

5. Senaraikan rekod pelaburan.

a. Unit amanah
b. Saham
.
.

6. Senaraikan rekod simpanan.

a. Simpanan ASB
b. Tabung Haji
.
.

7. Senaraikan rekod cukai

a. Cukai pendapatan
b. Cukai perniagaan
.
.

Ok, once you have ready all these documents, baru la best nak jumpa banker untuk risik berapa agaknya kelayakan seseorang tu untuk beli rumah? Tapi, kalau anda tak de masa, boleh minta bantuan perunding hartanah yang berdaftar untuk buat semakan awal dan cross check dengan bank untuk kelayakan sehingga berapa yang seseorang tu layak beli rumah?
.
.
Clear sampai sini?
.
.

Bila dah tau, range harga rumah yang kita layak beli, baru best nak shopping rumah. Nak beli rumah baru (under construction), subsale atau lelong?

Join The Discussion

Compare listings

Compare