APA ITU MULTIPLE SUBMISSION LOAN ?

Multiple Loan Submission

Mungkin ada pernah pelabur takpun pembeli yang mencuba-cuba buat Multiple Submission Loan untuk beli rumah terutamanya. Mereka merasa dengan cara tu mereka akan dapat keuntungan akan datang, tapi adakah mereka sudah fikir betul-betul atau lakukan sebab rasa ‘excited’ keuntungan yang belum pasti dan tak terancang ? 

Tau tak ada kes dimana mereka yang buat Multiple Submission Loan ni mereka rasa akan dapat keuntungan dengan beli rumah berbuah-buah tetapi realitinya tidak seperti apa yang diinginkan. Dah la tak mampu nak bayar monthly installment dan akhirnya kena lelong. Kalau korang alami cmni apa yang korang rasa ? Takut, menggelentar, rasa gelap dunia, semua perkara negatif muncul dalam fikiran kan…

Dah la berhempas pula pagi petang siang malam kerja kumpul duit nak beli rumah tak pun hartanah lain tapi disebabkan tiada perancangan dalam membeli rumah habis cmtu je.

DI sini saya cuba kongsikan serba sedikit bagi mereka yang tak tau apa tu Multiple Submission Loan juga Pro dan Kon buat Multiple Submission Loan ni.

Apa tu Multiple Submission Loan ?

Multiple Submission Loan bermaksud pembeli yang beli lebih daripada 1 rumah , boleh jadi 2,3,4 dan seterusnya , dalam masa yang sama dengan bank yang berlainan apabila apply loan. Faham dah , kenapa dipanggil Multiple Submission Loan ?

Mesti tertanya kan sesuai dan bagus ke buat Multiple Submission ni ? 

Bukan semua orang sesuai lakukan Multiple Submission Loan.

Kalau korang ni baru je nak beli rumah atau nak cuba-cuba jadi pelabur takpun baru nak serius dalam bidang hartanah dengan pengalaman yang sekangkang kera, lupakan je lah sebab sangat bahaya.

Iya mungkin korang akan cakap property tu bagus, takde masalah buat multiple submission.

Even kalau property yang tak bagus pon beli 1 unit pon dah boleh jadi bermasalah akan datang. 

Faham maksud saya ?

Tau tak apa risiko kalau buat Multiple Submission ni ? Di sini saya beritahu beberapa.

Pertama : Anda beli rumah melebihi kemampuan kewangan
 
Pelbagai tawaran yang pasti buat korang tertarik seperti rebate, cashback, booking rendah yang buatkan mereka ghairah buat Multiple Submission Loan sampaikan lupa nak rancang dan periksa kewangan, adakah mampu atau tidak.
 
Kena ambil tahu dan jelas perancangan juga strategi pelaburan yang nak dilakukan.
 
Sebelum ada keinginan nak beli berbuah-buah rumah/hartanah ni penting perlu tau pelbagai pilihan sewaan. Sentiasa ada Plan A, Plan B dan seterusnya semasa buat strategi sewaan.
 
Sebagai contoh nak buat sewa per bulan samada per rumah , per bilik, per kepala atau nak buat homestay dan lain-lain.
 

Kedua : Terbeli rumah/hartanah yang tak memberikan keuntungan

Sebagai contoh

Anda beli rumah dimana setiap bulan monthly installment bank RM3400 , rumah ni korang buat homestay tapi setiap bulan hanya mampu jana RM1000 sahaja bermakna kurang RM2400 untuk bayaran bulanan ke bank dah jadi negative cashflow.

Bayangkan anda beli 2 atau 3 rumah dan tiap bulan negative cashflow, tak ke pening.

Makanya bagus ke buat Multiple Submission Loan ni ?

Apa pun bergantung kepada kemampuan dan pengetahuan korang tentang Multiple Submission Loan ni, yang penting jangan terburu-buru dan ghairah sangat.

Apa yang boleh saya tambahkan di sini :

– Cari mentor dan belajar daripada mereka yang dah berpengalaman sendiri buat Multiple Submission Loan ni. Bukan hanya melalui bacaan dan teori sahaja.

– Kita ni ada masa tu rasa dah tahu sangat tapi sebenarnya tidak jadi jangan terus buat keputusan dengan cepat. Melayang tak tentu pasal duit korang nanti.

– Kaji , pusing dan bertanya tentang rumah atau hartanah yang korang nak beli tu terlebih dahulu.

– Akhir sekali, buat Multiple Submission Loan sangat berisiko tinggi. Sekali saya nyatakan baca , kaji dan tanya , bila korang rasa yakin dan masih nak lakukan itu adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap dengan sedikit perkongsian ni dapat membuka minda dan buatkan anda faham apa tu Multiple Submission Loan.

Apa pun saya memang tak galakkan buat terutama yang baru setahun jagung berjinak beli hartanah ni melainkan korang dah bersedia untuk tanggung risiko.

Apa pun sentiasa cari mentor dan belajar sebab tak nak duit yang korang dah susah payah kumpul, lebur camtu je nanti.

Apa pun semoga urusan anda dalam membelli hartanah sentiasa dipermudahkan untuk diri sendiri dan keluarga.

Jika perkongsian ni dapat membantu dan beri manfaat kepada rakan anda dan orang lain , jangan lupa sharekan post ini.

============================================================

Sekiranya anda tak nak terlepas apa-apa info, tips dan listing terkini berkaitan hartanah. Jom join Channel Telegram rasmi Super Hartanah.

Klik di bawah untuk join.

Join The Discussion

Compare listings

Compare