5 TIPS HARTANAH INI AKAN MENAMBAH NILAI DAN MEMBANTU DALAM KEPUTUSAN YANG BAKAL KITA BUAT

Aku dah ready untuk beli rumah pertama ni tapi apa tips yang bagus untuk aku jadikan panduan sebelum buat keputusan ye?

“…… bisik En Muhammad Danial Shah Burhanuddin bin Ali di dalam hatinya ”

Persoalan biasa pembeli terutama yang tida pengalaman dan pertama kali.

Jika kita bercita-cita untuk membeli rumah yang pertama, sudah pasti segala persiapan mesti dipersiapkan, Antaranya rujuk pada kawan yang pernah ada pengalaman dalam hartanah, buat ‘research’ di internet atau hubungi ejen hartanah yang dikenali.

Antara perkara asas yang perlu disediakan adalah persediaan kewangan tunai untuk deposit dan segala kos berkaitan.

Bab deposit ni boleh buat pengeluaran KWSP akaun 2 dan ada juga teknik lain yang menarik dan tertarik. Itu kena hubungi secara personal ejen hartanah yang kalian kenali. Insyaallah ada cara.

Disini saya nak kongsi tips yang kalian perlu ambil kira untuk membeli rumah. Yelah bukan nak tinggal sekejap kan.. kalau boleh hingga anak cucu.

5 tips ini akan menambah nilai dan membantu dalam keputusan yang bakal kita buat.

1) Lokasi hartanah yang nak dibeli. (Location)
2) Harga yang berpatutan. (Market Value)
3) Keadaan rumah. (Condition)
4) Kejiranan. (Neighborhood)
5) Usia rumah (Age)

1) Lokasi :
Faktor utama lokasi pilihan adalah hampir ke tempat kerja. Samada tempat kerja suami atau isteri. Penting untuk ambil kira jangka panjang dari segi kos, masa, tenaga dan kehidupan.

Akan tetapi ramai pembeli sudah tidak ambil kira sangat berkenaan jarak dari rumah ke tempat kerja atas faktor kemampuan dan keselesaan. Pemanduan 10km hingga 40km adalah biasa sekarang ni.

2) Harga:
Dewasa ini rata-rata bakal pembeli sudah mempunyai ilmu dan kesedaran berkenaan harga dan rumah yang nak dibeli. Pelbagai faktor memainkan peranan untuk mendapatkan nilai terbaik yang memberi kepuasan dan menang.

Harga bergantung pada lokasi dan bajet. Yang paling utama adalah harga rumah yang nak dibeli itu adalah pada harga pasaran semasa atau memang harga ditawarkan dibawah harga pasaran semasa. Sebaiknya gunalah khidmat ejen hartanah sebab mereka banyak pengalaman dan boleh berusaha dapatkan harga terbaik dari ladang.

Walaubagaimana pun ia mestilah mengikut kelayakkan pembeli. Pembeli boleh mohon pinjaman bersama ‘join loan’ berdua, bertiga (ahli keluarga sahaja) untuk melayakkan kelulusan pinjaman bank. Tiada masalah.

3) Keadaan rumah.
Sudah pasti keinginan untuk mendapatkan rumah yang ‘fully renovation’ dan ‘fully furnished’ pada tawaran harga yang menarik dan dalam bajet kemampuan. Mestilah realiti dan bukan fantasi ye.

Bagi yang sudah siap sedia modal untuk ubahsuai rumah secara bessar-besaran, seeloknya carilah rumah yang basic asas agar tidak rasa ralat untuk proses merobohkan dan juga boleh dapat harga yang berbeza daripada rumah yang sudah pengubahsuaian penuh.

Matlamat utama adalah beli lokasi.

4) Kejiranan:
Ini adalah faktor yang sangat penting untuk kita ambil tahu sebab beli rumah ni kalau boleh hendak tinggal lama. Sekurang-kurangnya ambil tahu siapa jiran sebelah kiri, sebelah kanan, belakang dan hadapan, Untuk membina dan menghubungkan silaturahim.

Sila rujuk kepada ejen hartanah yang menguruskannya. Seorang ejen hartanah mesti mempunyai data berkenaan kejiranan. Bangsa apa.. agama apa… keluarga atau bujang dan sebagainya. Berbeza jika beli untuk aset pelaburan dan untuk disewakan. Asalkan lokasi permintaan tinggi ok jer.

Diatas adalah tips mudah sebagai panduan sahaja bukan mesti diikuti secara mutlak. Jika anda sudah terjumpa dan berkenan pada sesebuah rumah yang terbaik dan tidak kisah sangat berkenaan 5 tips tersebut, tidak menjadi satu masalah.

Semoga perkongsian ringkas saya memberi manfaat bersama.

Selamat beramal.

Kredit

Halim Irealty

Join The Discussion

Compare listings

Compare