AWAS YE! SEBELUM BELI HARTANAH UNTUK PELABURAN

Sekarang ni tak macam dulu kalau beli apa pun confirm boleh untung.

Ramai otai hartanah kadang-kadang nasihat “Buat untung semasa membeli bukan semasa menjual semata”

Sebabnya kita nak merasa nikmatnya dapat kenaikan nilai iaitu capital appreciation dan untung sewa (rental yield)

Antara faktor yang kena dititikberatkan sebelum beli hartanah ;

1) Akan sentiasa ada perubahan di sekeliling kita termasuk juga strategi dalam pelaburan hartanah boleh katakan banyak perkara berubah.

Strategi main beli spt 5 tahun lepas tak boleh dah guna sekarang.

Kena kaji dulu sebelum beli nak rendahkan risiko.

2) Memang banyak lambakan hartanah yang tak terjual walaupun lama dalam market dan ada hartanah yang bagus even subsale.

Rajinkan research pasal hartanah yang hendak di beli terlebih dahulu supaya dapat beli dengan harga yang terbaik.

3) Ada masa korang akan jumpa kenapa hartanah yang bagus ni sangat murah.

Ambil tau adakah sebab ada ejen saja letakkan harga murah hanya untuk dapatkan leads atau pemilik rumah nak jual urgent atau sebab keadaan rumah yang teruk. Apa pun siasat dahulu.

4) Periksa pemilikan iaitu Title samada masih Master Title atau sudah Strata Title.

Kenapa pentingnya strata title ni sekiranya ada masalah berkaitan title.
– Masalah untuk sahkan pemilik sebenar akan ada.
– Insuran utk hartanah tersebut susah nak dapat
– Bank susah bagi pinjaman kalau masih Master Title lebih-lebih lagi kalau lebih 10 tahun.
– Wajib dapatkan kebenaran pemaju kalau hartanah masih Master Title

5) Selalu kalau kita nak beli mesti nak tau apa yang di sekeliling hartanah tesebut, memang patut tau jadi korang kena ambil tau.
– Ada peluang perkerjaan atau tidak di sekitar?
– Banyak kedai atau bangunan di sekitar ?
– Bagaimana populasi penduduk, berkurang ke bertambah ?
– Kes jenayah adakah serius di area situ ?

Walaupon lambakan hartanah tak terjual tapi sebenarnya banyak hartanah yang bagus kat luar ni. Rajin-rajin la bertanya Perunding Hartanah seperti ni Sharil IRealty .

Join The Discussion

Compare listings

Compare