BANK TENGOK CCRIS & CTOS JE KE UNTUK LULUSKAN PINJAMAN RUMAH ?

Mungkin ramai beranggapan begitu dimana untuk lepaskan permohonan bank akan tumpu kat CCRIS dan CTOS.

Lain bank lain caranya mereka proses permohonan pemohon.

Kebiasaan Bank di Malaysia akan ambil kira 3C sbg cara mereka menapis pemohon yang bermasalah iaitu faktornya
– Character
– Capital
– Capacity

3C ni la nak kena jaga kerana ia fungsi dan penentu untuk loan lulus InsyaAllah… selain daripada nak tentukan berapa pinjaman yang henda dibuat dan interest rate.

1. Character
Bank akan check dan meneliti cara pemohon bayar balik pinjaman dengan cara
– tengok sejarah kredit sebelum ni
– tempoh menetap di sebuah kawasan
– tempoh bekerja di sesebuah syarikat
– keupayaan bayar hutang

2. Capital atau Modal
Ini pula ia rujuk kepada aset yang korg ada untuk cagaran. Antaranya,
– Kalau ada pelaburan yang dibuat tak kisah la personal atau group
– simpanan yang ada
– pelaburan yang lain-lain untuk digunakan bayar balik hutang kalau pendapatan korg tak cukup.

3. Capacity
Part ni pula seberapa upaya korg mampu bayar hutang dan ini bergantung pada financial strength seperti gaji bulanan, extra income dan lain-lain) jd kena ada cash flow yang stabil baru bank rasa selamat nak pinjamkan duit.

Jadi bank akan tengok;
– current income bakal peminjam
– jumlah bayaran balik pinjaman yang pernah dibuat
– perbelanjaan sara hidup semasa
– jumlah hutang semasa
– bilangan tanggungan yang ada.

Join The Discussion

Compare listings

Compare