PENING KEPALA BILA SEWAKAN RUMAH KAT PENYEWA , ADA PULA BIL TUNGGAKAN DAH TU KITA LAK KENA TANGGUNG ?

Sebelum masuk rumah dia punya rayu minta kurang sewa, minta itu ini even pijak semut pun tak mati seperti kata orang dulu-dulu. Lagi pening bila penyewa lari dengan bil tinggi yang tak dibayar, tak pasal-pasal kita jadi mangsa.

Tahu tak pihak Tenaga Nasional Berhad telah mengambil langkah utk bantu pemilik rumah selesaikan masalah ni. Bagi yang dah tahu alhamdulillah, bagi yang tak tahu TNB ada perkenalkan Skim Penghuni Sementara tujuannya untuk melindungi pemilik rumah daripada masalah tadi.

Dengan skim ni nama penyewa akan didaftarkan dalam bil TNB dimana seperti buka akaun khas untuk penyewa.

Jadi kalau ada bil tertunggak yang tanggung nanti penyewa sampai bila-bila.

Mudah je kalau nak daftar Skim Penukaran Penghuni ni.

Kalau diikutkan Penyewa yang harus pergi ke mana kaunter/Kiosk TNB atau reg melalui app myTNB. Dokumen yang diperlukan :

i) Salinan IC Penyewa
ii) Perjanjian Sewa yang sudah Stamp LHDN
iii) Email Penyewa yang memohon (Penting untuk verification)
iv) Salinan IC Pemilik Rumah
v) Surat Pengesahan daripada Pemilik Rumah menyatakan untuk buat pertukaran.

Proses ambil masa 7 ke 14 hari . TNB akan email invoice utk jumlah deposit dan deposit ditentukan oleh TNB mengikut jenis rumah ke email penyewa.

Jadi kos untuk skim ni ialah
– Wang proses RM3
– Stamp hasil RM10
– Deposit (Bergantung jenis rumah yang akan diberitahu oleh TNB ke email penyewa)

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To
Other Features