7 Syarat Rumah Kos Rendah di Selangor

Jual Rumah Kos Rendah. Info Penting Yang Kena Tahu.

Selama sebagai Perunding Hartanah terdapat juga Penjual yang ingin menjual dan Pembeli yang mencari Rumah Kos Rendah

Jual rumah kos rendah ada beza syaratnya berbanding jual rumah bukan kos rendah terutama bagi pembeli yang nak beli.

Bagaimana nak kenal pasti rumah tu kos rendah atau tidak ?

Kalau nak tau status rumah tu kos rendah atau tidak, tengok kat perjanjian jual beli pemilik rumah tu. Kebiasaan Perjanjian jual beli (SNP) ada nyatakan samada rumah tu kos rendah atau bukan.

Katakan tidak ada, cuba tengok perkara lain sebagai contoh kalau Selangor, Rumah Kos Rendah ni selalunya :

  • Keluasannya 650 sqft atau kurang, ini bagi apartment/pangsapuri
  • Selalunya pemilik beli dengan harga RM43,000 atau kurang daripada tu.

Agak-agak ciri ni ada boleh jadi ia rumah kos rendah. Apa pun boleh tanya kepada pemilik rumah tu sebab dia pasti tahu atau boleh hubungi pemaju nak confirmkan.

Bila murah je bukan semua dapat beli ye ..

Walaupun rumah kos rendah ni murah tidak semua layak dapa beli sebab ada syarat-syaratnya.  Jadi pentingnya untuk tahu langkah-langkahnya.

Di Selangor syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. WARGANEGARA MALAYSIA dan berumur 18 TAHUN KE ATAS dan bermastautin di Negeri Selangor.
  2. Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi 5 tahun daripada tarikh perjanjian jual beli / kontrak lelongan sebelum boleh dijual semula (sub-sale).
  3. Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) di tetapkan berdasarkan julat harga pasaran hartanah seperti di jadual di bawah :

    Bil.

    Julat Harga Pasaran
    (Jenis A/RKR/KSR/ setaraf dengannya)

    Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan (RM)

    1.

    RM 100,000.00 dan ke bawah                  

    5,000.00

    2.

    RM 100,001.00  –  RM 250,000.00           

    7,000.00

    . 3.

    RM 250,001.00  –  RM 300,000.00           

    9,000.00

    4.

    RM 300,001.00  dan ke atas                   

    10,000.00

  4. Pendapatan pembeli tak melebihi RM3,000 jika belum berumah tangga.
  5. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) TIDAK MEMILIKI SEBARANG RUMAH DI NEGERI SELANGOR ATAU DALAM KAWASAN LEMBAH KLANG.
  6. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) HENDAKLAH MENETAP ATAU BEKERJA DALAM NEGERI SELANGOR ATAU DALAM KAWASAN LEMBAH KLANG.
  7. Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang/rela hati tanpa paksaan yang tiada hubungan kekeluargaan dan belian/pemilikan secara lelongan dari tarikh mementerai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh 5 tahun. Selain daripada kes di atas seperti pesaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, PENERIMA MASIH PERLU BERDAFTAR DENGAN LPHS MENGIKUT PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN PINDAH MILIK.

>>Sumber:  https://spkpm.lphs.gov.my/conditions

Berikut artikel yang boleh membantu :

CategoriesAntara hartanah Low Cost :

Join The Discussion

Compare listings

Compare