Servis Ejen Hartanah

SAYA FAHAM YANG ANDA MUNGKIN MENGHADAPI SITUASI BEGINI…

Mungkin pada awalnya, anda beli hartanah tersebut sebagai “pelaburan” yang anda jangka bakal membawa keuntungan…

Mungkin ada juga di kalangan anda yang “terpengaruh” dengan ajakan rakan2 anda yang meyakinkan anda untuk “melabur” dengan meletakkan deposit seterusnya membeli Hartanah tersebut…

Tak kurang juga, ada di kalangan anda yang kurang bernasib baik kerana telah diberhentikan kerja atau di “VSS” kan akibat masalah ekonomi yang melanda syarikat tempat anda bekerja…

Namun hakikatnya, anda harus menerima kenyataan dan menanggung semua ini kerana “pelaburan” untuk memiliki hartanah tersebut telah anda buat, ansuran bulanan pinjaman bank mesti anda lunaskan, bayaran maintenance fee wajib anda langsaikan…

Yang lebih memeningkan kepala, kesilapan membuat “pelaburan” hartanah tersebut kini bertukar menjadi BEBAN yang perlu anda tanggung, perjanjian jual beli dan pinjaman bank tidak boleh di batalkan begitu sahaja, masa terus berjalan dan TAK MUNGKIN boleh di undur!

Jadi, persoalannya sekarang, apa pilihan yang anda ada?

Nak teruskan menyimpan hartanah tersebut?

Nak biarkan anda terus dibelenggu masalah hutang, dikejar oleh bank setiap hari hinggakan anda tak lena tidur. Atau anda nak tunggu sampai hartanah tadi DILELONG dan anda diisytiharkan MUFLIS?

Jangan risau, saya ada menyediakan SOLUSI untuk MENYELESAIKAN MASALAH ANDA!

Adalah LEBIH BAIK anda JUALKAN sahaja hartanah tersebut kepada pembeli-pembeli yang berminat dan BERSEDIA memilikinya!

Berbekalkan pengalaman luas saya dalam bidang hartanah, beratus-ratus database bakal pembeli yang saya ada, khidmat nasihat guaman, penilaian harta tanah dan teknik pemasaran terkini yang saya gunakan untuk “match-making” kan hartanah yang anda miliki dengan pembeli yang berminat, saya yakin yang saya BOLEH BANTU untuk MENYELESAIKAN MASALAH ANDA.

SERVIS YANG PROFESSIONAL

 

Saya akan menguruskan proses Jual-Beli dari mula hingga akhir termasuklah mengiklankan hartanah yang anda ingin jual, mencari pembeli yang layak, menguruskan pinjaman perumahan bakal pembeli, mendapatkan laporan penilaian hartanah, menguruskan perkhidmatan guaman untuk perjanjian jual-beli hinggalah kepada proses penyerahan kunci rumah kepada pembeli.

PENGIKLANAN

 

Kos pengiklanan sekarang agak tinggi, kenapa anda perlu leburkan duit anda? Biar saya je yang iklankan hartanah yang anda ingin jual dan biar saya yang tanggung kos yang berkaitan dengan pengiklanan.

 

MEMADANKAN PROSPEK PEMBELI

 
Saya mempunyai “Database” prospek pembeli yang ramai. Jadi, bila anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan saya, prospek pembeli yang sedia ada tadi akan di padankan (Matchmaking) dengan hartanah milik anda. Mudahkan!

URUSAN SEMUDAH “ABC”

 
Dengan pengalaman dan ilmu yang saya ada, urusan Jual-Beli Hartanah anda akan jadi semudah “ABC”. Saya akan menguruskan semuanya dari mula hinggalah anda menerima wang hasil jualan rumah. Jangan risau kerana segala nya di dokumenkan oleh Peguam Hartanah yang profesional dan saya sendiri adalah Perunding Hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia.

Compare listings

Compare