Kos Beli Rumah (Part 1)

Kos Beli Rumah

Banyak ke kos nak beli rumah ni ?

.

Kena ingat jika kita nak beli rumah ada beberapa bayaran yang perlu sediakan sebagai contoh :

  1. Bayaran deposit
  2. Kos guaman untuk buat SNP 
  3. Duti Setem untuk pindah milik
  4. Kos guaman untuk pinjaman
  5. Duti setem untuk perjanjian pinjaman
  6. Kos Penilaian 
  7. Insuran

.

Saya akan terangkan satu-persatu kos-kos yang perlu pembeli sediakan semasa beli rumah.

.

Berapa Deposit/Downpayment yang pembeli perlu sediakan ?

.

Deposit atau downpayment kebiasaan perlu disediakan dalam 10% daripada harga hartanah. Proses yang biasa berlaku sebaik pembeli serius dan berminat beli rumah ialah setelah pembeli tandatangan booking form/Confirmation Form, pembeli akan bayar booking deposit/Earnest Deposit iaitu 3.18% ke Client Account Agensi hartanah berdaftar , sama dengan amaun profesional Fee Agensi dan ia sudah termasuk 6% SST.

.

Baki 6,82% pula , pembeli akan bayar semasa dan setelah pembeli tandatangan perjanjian jual beli (SNP).

.

Berapa Kos Guaman dan Duti Setem untuk Perjanjian Jual beli ?

Apabila pembeli beli rumah , kebiasaan pembeli akan dapatkan khidmat peguam untuk buat perjanjian jual beli atau SNP dengan pemilik rumah maka pembeli perlu bayar duti setem untuk buat pindah milik di pejabat tanah. Begitu juga dengan  kos guaman dimana ada skala fi yang ditetapkan bergantung kepada harga hartanah.

.

Katakanlah harga rumah RM580,000 maka fi untuk RM500,000 yang pertama ialah 1% jadi RM5,000. RM500,000 berikutnya pula fi guaman 0.8% maka jadi RM640. Ditambah dengan SST iaitu cukai perkhidmatan 6% maka RM640.

.

Kos tambahan seperti disbursement juga akan dikenakan dimana ini adalah kos untuk peguam yang uruskan kes, kos perjalanan, filing dan lain-lain. Anggaran jika lantik peguam sendiri dalam RM2000 – RM25000. Jumlah anggaran fi guaman dalam RM8,478.40.

.

Jika penjual lantik peguam sendiri maka kiraan sama seperti yang ditunjukkan sebelum ini.

.

Jika buat pinjaman perumahan ada Kos Guaman dan Duti Setem juga ke ?

Ye ada. Ini juga akan dilakukan oleh peguam dimana mereka akan sediakan perjanjian pinjaman dengan bank atau institusi kewangan seperti LPPSA. Maka ada duti setem yang pembeli kena bayar dan juga kos guaman. Ia dikira berdasarkan amaun pinjaman.

.

Dibawah adalah contoh jika mendapat margin pinjaman 90%.

Untuk duti setem, berbeza skala banding pindahmilik. Biasanya akan dikira 0.5% daripada jumlah pinjaman. 

.

Contoh Jika RM522,000 adalah jumlah pinjaman , jadi duti setem untuk perjanjian pinjaman ialah RM2,610

.

Bagaimana dengan Kos Penilaian ?

Apabila pembeli buat pinjaman untuk beli rumah, memang wajib untuk dapatkan khidmat penilai daripada bank dimana nak buat nilaian ke atas hartanah yang dibeli. Kita sedia tahu dimana bank akan beri pinjaman hanya mengikut margin tertentu merujuk kepada harga pasaran rumah.

.

Katakan harga rumah lebih daripada harga pasaran, maka pembeli kena top up atau bayar lebihan tersebut melalui tunai.

.

Ini contoh skala fi penilai rumah. Apa pun ia bukan skala penuh sekadar ringkasa untuk rujukan. 

.

Biasanya Disbursement untuk kerja-kerja penilaian rumah bawah RM1,000,000 dalam RM300 ke RM1000.

.

Ada Insuran ke bila buat pinjaman ?

Memang wajib untuk dapatkan insuran rumah, sememangnya kebanyakan bank akan mewajibkan peminjam ambil insuran rumah.

.

Tujuannya untuk melindungi pembeli jika berlaku apa-apa kematian atau kecacatan. Katakan peminjam meninggal dunia, insuran akan bayar sebahagian atau keseluruhan baki pinjaman kepada bank

.

Apa pun unutk tentukan berapa banyak  premium insuran pembeli kena bayar ia bergantung kepada faktor termasuk polisi dan juga umur pembeli.

Join The Discussion

One thought on “Kos Beli Rumah (Part 1)”

  • A WordPress Commenter

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

    Reply

Compare listings

Compare