Nak jual rumah kan tapi pernah terfikir kos-kosnya ?
.
Ini perkara yang tiap kali pemilik rumah akan tanya sebab mereka perlu buat perkiraan dan persediaan nanti.
.
Antara kos-kos yang pemilik perlu tahu dan sedia ialah :
- Kos Guaman
- Profesional Fee Agensi
- Penalti Lock In Period
- Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT)
- Kos-Kos lain (MO, Kos Disbursement, Caj daripada pemaju jika ada, etc)
.
Berapa ye KOS GUAMAN yang perlu bayar ?
.
Untuk kos guaman biasanya pemilik boleh pilih samada gunakan peguam sendiri atau tidak. Kami perunding hartanah juga akan cadangkan guna peguam sendiri samada pemilik yang dapatkan sendiri atau yang dicadangkan oleh kami jika nak dapat tahap servis yang lebih baik.
.
Dimana peguam yang penjual lantik akan semak S&P sebelum penjual tandatangan dan pastikan terma dalam SNP melindungi kepentingan dan lebih memihak kepada penjual. Proses pindahmilik juga akan berjalan dengan selamat dan baik.
.
Katakan jika jadi masalah peguam penjual akan pastikan masalah tersebut diselesaikan dengan baik.
.
Fi guaman pula bergantung kepada skala fi yang telah ditetapkan dan bergantung kepada harga hartanah.
.
Katakanlah harga rumah RM580,000 maka fi untuk RM500,000 yang pertama ialah 1% jadi RM5,000. RM500,000 berikutnya pula fi guaman 0.8% maka jadi RM640. Ditambah dengan SST iaitu cukai perkhidmatan 6% maka RM640.
.
Kos tambahan seperti disbursement juga akan dikenakan dimana ini adalah kos untuk peguam yang uruskan kes, kos perjalanan, filing dan lain-lain. Anggaran jika lantik peguam sendiri dalam RM2000 – RM25000. Jumlah anggaran fi guaman dalam RM8,478.40.
.
Cara lain jika penjual nak jimat ,bahasa lain ialah tumpang peguam pembeli . Ini tidak bermakna peguam itu adalah peguam penjual ia lebih dikatakan penjual tiada peguam. Maka penjual pembeli akan bantu untuk lepaskan gadaian, pemfailan cukai CKHT juga pendaftaran pindahmilik.
.
Apa pun penjual tetap kena bayar peguam pembeli terutama dirsbursement dalam RM2000 – RM2500. Kos jauh lebih rendah berbanding kalau penjual lantik peguam sendiri.
.
Biasa berapa PROFESIONAL FEE AGENSI ye ?
.
Jika penjual/pemilik hartanah menggunakan khimat perunding hartanah maka profesional fee agensi termasuk iaitu 3.18% (termasuk 6% SST) daripada harga hartanah yang dijual dan bergantung juga kepada yang penjual setuju.
.
Apa itu Penalti Lock In Period ?
.
Tahu tak ada pakej pinjaman dimana bank akan kenakan penalti kepada penjual/pemilik jika hartanah dijual dalam satu tempoh setelah dapat pinjaman, biasanya dalam 3-5 tahun. Kadar penalti yang akan bank kenakan dalam 2% ke 5% ke atas hutang pokok.
.
Nampak tak contoh diatas , ia boleh jadi amaun yang besar jadi jadi pemilik rumah kena periksa terma lock in period dahulu sebelum nak jual rumah. Kebiasaan kami sebagai perunding hartanah akan tanya dan periksa dahulu sebelum mula bantu jual rumah pemilik ini.
.
Ada ke Cukai ke yang kena bayar oleh pemilik rumah ?
.
Ye ada tetapi ia bergantung kepada tempoh rumah pemilik dibeli . Ia dipanggil Cukai keuntungan hartanah (CKHT) atau Real Property Gains Tax (RPGT). Sila lihat di sini untuk penerangan yang lebih lanjut.
.
Selain daripada kos disebut awal-awal tadi , ada kos-kos lain ke ?
.
Ye, kemungkinan ada sebagai contoh kalau pemilik kena buat perfection ke . Saya ada terangkan berkenaan perfection pada post sebelum ni. Boleh lihat di sini.
.
Jika ada tunggakan yang belum dibayar seperti bil utilti iaitu bil air, letrik, pembentungan juga cukai-cukai seperti cukai pintu, cukai tanah.