PEMBENTUKAN WAKAF DALAM WASIAT

Wakaf merupakan penyerahan hak milik sesuatu harta yang dilakukan atas tujuan kebajikan dan diniatkan semata-mata kerana Allah.

Sewaktu masih hidup, kita boleh mewakafkan seberapa banyak harta dan harta wakaf tersebut perlu di serahkan hak milik serta merta kepada Majlis Agama Islam.
.
Namun, sekiranya seseorang itu berhasrat untuk mewakafkan hartanya setelah dia meninggal dunia, wakaf tersebut boleh dibentuk didalam wasiat.
.
Wakaf melalui wasiat mestilah mengikuti syarat-syarat berikut:
.
✅Hanya 1/3 daripada seluruh aset sahaja yang boleh diwakafkan.
.
✅Sekiranya wakaf melebihi 1/3 daripada seluruh hartanya, lebihan itu akan terbatal, melainkan dipersetujui oleh semua waris faraid pewakaf.
.
✅Sekiranya wasiat dibatalkan, wakaf tidak akan terbatal. Menjadi tanggungjawab pewasiat, untuk pastikan wakaf tersebut wujud di dalam wasiatnya yang baharu.
.
Niat wakaf adalah perjanjian antara pewakaf dan Allah terhadap hartanya, oleh itu, tiada wakaf yang boleh dibatalkan. Namun, harta wakaf boleh ditukar ganti dengan sesuatu yang sama atau lebih tinggi nilainya.
.
𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧:
.
Ambil Tahu, Jangan Keliru
.
Sharil Routh
60189677983
.
Perancang Harta Pusaka Islam
(IEP 0003520)
as Salihin Trustee Berhad

Join The Discussion

Compare listings

Compare