Pengecualian Duti Setem

Pengecualian duti setem (Poster)

Dapat ke pengecualian untuk pembeli rumah pertama ?

Sebelum saya terangkan berkenaan pengecualian duti setem. Ingat tak lagi saya pernah terangkan sebaik pembeli beli rumah maka hakmilik akan bertukar daripada nama pemilik kepada nama pembeli.

Dokumen yang terlibat dalam proses pindahmilik ni dipanggil Memorandum of Transfer (MOT) atau dipanggil juga Borang 14A.

Jika pembeli buat pinjaman dengan beli rumah maka mereka kena gadaikan pula hakmiik kepada bank yang mereka pinjam tu. Dokumen gadaian itu pula dipanggil Memorandum of Charge (MOC) atau Borang 16A.

Kebiasaannya pembeli akan tandatangan kedua dokumen iaitu MOT dan MOC ni semasa tandatangan SNP dan perjanjian pinjaman. Selepas itu peguam akan setem kedua dokumen itu sebab nak daftarkan MOT dan MOC di pejabat tanah, jadi inilah kos duti setem yang pembeli kena sediakan.

Adakala kos duti setem ni agak tinggi, apa pun bergantung kepada harga hartanah tersebut. Kemungkinan anda layak untuk dapat pengecualian yang diberikan oleh kerajaan, apa pun bergantung kepada polisi semasa.

Di sini saya akan terangkan perkara berikut :

  1. Beli rumah bawah kempen milikan rumah
  2. Beli rumah pertama
  3. Pindahmilik atas dasar kasih sayang
  4. Harga pasaran dan Duti Setem

Jika beli rumah dengan Pemaju dapat pengecualian tak  ?

Sebelum ni dilancarkan Kempen Pemilikan Rumah bagi pembeli yang beli rumah dengan pemaju berdaftar dengan kempen ini, dimana pembeli dapat pengecualian duti setem jika tandatangan SNP dalam tempoh tertentu (kena periksa semula update terbaru).

Kempen ini hanya bagi mereka yang beli rumah kediaman atau high rise untuk kediaman iaitu tinggal sendiri. Kalau hartanah jenis pangsapuri servis SOHO, SOVO dan SOFO dimana untuk komersial maka tidak layak dapat pengecualian.

Pengecualian duti setem untuk pindahmilik (MOT) :

Pembeli juga dapat pengecualian penuh duti setem untuk gadaian iaitu MOC, jika beli rumah yang harga sehingga RM2,500,000

Bagaimana yang pertama kali beli rumah , ada pengecualian tak  ?

Ye betul, pembeli rumah pertama layak dapat pengecualian setem. Samada beli rumah daripada pemaju iaitu projek baru ataupun rumah subsale. 

Katakan beli rumah pertama harganya bawah RM300,000 maka pembeli tersebut dapat pengecualian penuh dimana tidak perlu bayar duti setem untuk MOT dan juga MOC.

Tetapi jika beli rumah dalam lingkungan harga RM300,000 ke RM500,000, pembeli akan dapat pengecualian sebanyak RM5,000 untuk MOT dan RM1,500 untuk MOC.

Cukai Duti Setem
 

Contoh kiraan duti setem (pengecualian)

Kebiasaan kami sebagai perunding hartanah berdaftar akan buat anggaran kiraan yang terperinci untuk pembeli bagi MOT dan MOC. 

Bagaimana ye jika pindahmilik atas dasar kasih sayang ?

Pindahmilik atas dasar kasih sayang
 

LHDN ni kira duti setem ni macamana ?

Lembaga Hasil Dalam Negeri kira duti setem ni berdasarkan harga rumah .

Kalau bawah harga pasaran bagaimana ? maka LHDN akan ikut harga pasaran rumah.

Contoh kalau anda pembeli rumah pertama beli rumah dengan harga RM410,000 tetapi harga pasaran RM640,000. Pasti korang akan ingat dapat pengecualian kan ? 

sebab beli rumah harga bawah RM500,000 realitinya tidak walaupun beli rumah pertama.

LHDN kira duti setem merujuk kepada harga pasaran iaitu RM640,000. Harga pasaran dah melebih RM500,000 jadi pembeli tidak layak untuk dapat pengecualian rumah pertama.

ghhj

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To