Penyempurnaan Pindah Milik dan Gadaian (Perfection of Transfer & Perfection of Charge)

Penyempurnaan pindah milik dan gadaian - Perfection copy

Kamu dah fahamkan apa Geran Master Title, seperti yang saya sudah terangkan sebelum ini ?

Dalam post ni saya nak terangkan satu proses yang dipanggil penyempurnaan pindahmilik dan gadaian iaitu Perfection of Transfer (POT) dan Perfection of Charge (POC).

Ingat tak post lepas saya ada beritahu Master title ni ialah jenis Geran Induk yang merangkumi semua unit dalam satu projek perumahan ?

Maksudnya apabila ada pembeli beli rumah yang belum siap sepenuhnya daripada pemaju biasanya mereka beli rumah yang masih tiada lot individu atau petak strata, jadi pemaju mengiktiraf kepentingan pembeli melalui Deed of Assignemnt.

Apa pun jika berlaku jual beli dan guna dokumen Deed of Assignment sebenarnya pindahmilik dan gadaian ini masih belum berlaku secara rasmi. Tapi dokumen Deed of Assignment perlu dimati setem dan duti setem tetap akan dikenakan sama seperti dokumen Memorandum of Transfer dan Memorandum of Charge.

Sebaik pemaju dah memohon di pejabat tanah dan dah keluar geran individu atau strata, pemilik kena buat penyempurnaan pindahmilik lot individu  dan strata tersebut untuk tukar daripada nama pemaju ke nama pemilik.

Proses ni yang dipanggil Perfection of Transfer (POT). Ia melibatkan pindahmilik rasmi di pejabat tanah dimana pemilik kena tandatangan Memorandum of Transfer dan Memorandum of Charge.

Jika pemilik dah bayar Duti Setem untuk Deed of Assignment semasa beli rumah maka tak perlu bayar kos duti setem untuk dokumen POT ini. Apa pun kena tunjukkan bukti bayaran duti setem pada dokumen Deed of Assignment yang sudah dibayar sebelum ni kepada pejabat duti setem LHDN.

Kos guaman juga perlu disediakan untuk bayar kepada peguam dimana urusan kerja pindahmilik ini.

Dalam kes ni biasanya pemilik akan guna pemaju lantik tapi ada juga yang guna peguam lain jika dibenarkan oleh pemaju.

Perfection Of Transfer
Perfection Of Transfer

Katakan pemilik rumah beli rumah Master Title dengan pinjaman dan lepas tu buat Perfection of Transfer maka pemilik kena daftarkan nama bank dalam geran rumah.

Dimana proses ni dipanggil Perfection of Charge, pemilik akan tandatangan Memorandum of Charge. Selesai sahaja Perfection of Transfer dan Perfection of Charge, peguam akan serahkan geran asli pemilik kepada bank sebagai dokumen keselamatan.

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To