Proses Jual Beli Hartanah

proses Jual beli

Bagaimana prosedur yang sudah ada Geran Individu dan Strata ?

Saya pasti sahabat-sahabat sudah baca post saya sebelum ni berkenaan geran individu dan strata ? 

Setiap jenis geran menentukan proses dan jangkamasa pindahmilik. Bagi kami sebagai perunding hartanah kami akan terangkan proses yang pemilik dan pembeli perlu tau.

Pemilik rumah sudah tentu nak tahu bila mereka dapat duit dan pembeli pula nak tahu bila mereka dapat pindah masuk ke rumah yang mereka beli tu.

Jadi di sini saya cuba bantu terangkan proses dan jangkamasa pindahmilik bagi hartanah yang sudah ada geran individu dan strata untuk anda faham.

Apa proses awal dalam jual beli hartanah ni ?

Sebaik sahaja pembeli tandatangan booking form/confirmation form dan bayar booking deposit/earnest deposit.

Kemudian biasanya kami perunding hartanah akan bantu pembeli untuk dapatkan pinjaman dan khidmat guaman yang sediakan SNP.

Biasanya untuk dapatkan pinjaman kami akan beri tempoh dalam 14-21 hari bekerja ,sebaik pinjaman lulus . Peguam akan sediakan SNP untuk kedua pihak pembeli dan penjual tandatangan.

Bila pembeli dan penjual dah tandatangan SNP, peguam akan buat pindah milik proses dan jangkamasa pindah milik bergantung kepada jenis geran, sekatan kepentingan , jenis pinjaman dan sejauh mana susahnya jika ada kes tertentu.

Bagaimana nak tahu mudah ke tidak proses pindahmilik ?

Kalau hartanah yang dijual sudah ada geran tidak kira la ada sekatan kepentingan atau tidak maka kita kena semak. Biasanya untuk hartanah tidak ada sekatan seperti Freehold pindahmilik biasanya ambil masa dalam 90 hari bekerja daripada tarikh SNP.

Jadi dalam tempoh 90 hari ni peguam kena selesaikan beberapa kerja. Katakan la penjual masih ada hutang dengan bank, peguam akan selesaikan dengan minta bank pembeli untuk bayar baki hutang pemilik dulu. Ini dipanggil First Disbursement / Pembayaran Pertama.

Apa tujuan First Disbursement ?

Ia adalah untuk lepaskan gadaian dari bank pemilik dan dapatkan geran asal atau dipanggil Discharge of Charge.

Sebaik dah dapat geran asal, peguam akan buat pindah milik dari nama penjual kepada nama pembeli dan gadaikan geran atas nama pembeli kepada bank pembeli pula.

Jika dah selesai, bank pembeli akan bayar baki harga rumah kepada peguam dimana dipanggil second disbursement/bayaran kedua kemudian peguam akan semak semua bil utiliti, cukai pintu dan cukai tanah. Jika tiada apa tunggakan maka peguam akan bayar baki harga rumah kepada penjual.

Apa yang pembeli patut tahu ?

Sebaik bank pembeli buat bayaran first disbursement kepada bank penjual . Pembeli dah mula buat bayaran bulanan kepada bank mereka tetapi bukanlah bayaran penuh. Biasanya pembeli hanya bayar keuntungan atau faedah bank berdasarkan baki hutang pemilik.

Apabila bank sudah buat second disbursement barulah pembeli kena bayar installment penuh. Tempoh antara first dan second disbursement pula dalam sekitar 1 ke 2 bulan.

Bagaimana dengan hartanah yang ada sekatan dan kepentingan ?

Yang ni prosesnya berbeza sedikit. Sebelum peguam teruskan dengan kerja uruskan pinjaman dan pindahmilik, pemilik mesti dapatkan kebenaran jualan dan kerajaan negeri.

Peguam yang akan bantu pemilik memohon kebenaran ni dimana proses akan ambil masa dalam 2 ke 3 bulan daripada tarikh SNP.

Sebaik penjual dah dapat approval daripada kerajaan negeri, peguam akan ambil masa 90 hari bekerja untuk buat pindahmilik dan proses sama seperti yang terangkan awal di atas.

Biasanya untuk hartanah yang ada sekatan seperti leasehold contohnya , proses pindahmilik ni ambil masa dalam 6-7 bulan daripada tarikh SNP atau mungkin lebih bergantung kepada kes.

Join The Discussion

Compare listings

Compare